Thursday, December 23, 2010

TENGKU MEMBACA PERISYTAHARAN KEMERDEKAAN

TENGKU MEMBACA PERISYTAHARAN KEMERDEKAAN.

Bahawa didalam sejarah menusia tidak ada suatu bangsa pun yang boleh menyalamatkan dirinya jikalau bangsa itu berdiam diri memeluk tubuh selama-lamanya. Sudah semistinya bangsa itu harus memilih suatu antara dua arah maju atau mundur. Ini terserah kapada kesungguhan dan kesedaran bangsa itu menghadapi perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan. Manakala rakyat itu didalam keadaan berpuas hati dengan taraf dan kedudukan yang ada maka sentiasalah mereka merasa bimbang atas sebarang pekara yang harus membawa perubahan.Mereka akan meresa curiga terhadap sebarang langkah atau sesaorang yang membawa fikiran dan pendapat baru.
Tetapi kerana sejarah manusia adalah sejarah perubahab-perubahan dan kemajuan untuk mencintakan sesuatu yang lebih baik dan sempurna, bangsa yang merasa kepuasan tadi akan tingal semakin jauh ke belakang dan akhirnya hilang lenyap dan hanya akan timbul kembali oleh ahli-ahli sejarah yang akan datang.
Kita adalah satu bangsa yang pernah menikmati kebesaran dan mempunyai pusaka kebangsaan yang gilang gemilang. Sesungguhnya perjalanan sejarah telah menukarkan nasib kita daripada satu bangsa yang merdeka dan agung kapada bangsa yang hina dan terjajah.

Sesungguhnya perjalanan sejarah telah menukarkan nasib kita daripada suatu bangsa yang merdeka dan agung kapada yang hina dan terjajah namun kita masih tetap dapat mempertahankan anugrah-anugrah Tuhan yang berupa kebesaran jiwa, rasa kemulian, keadilan dan semangat yang tidak dipatahkan, sementara kita tertaluk dibawah penjajahan lebih dari empat ratus tahun lamanya. Ketahuulah bahawa kita rakyat Malaya adalah bersatupadu dalam meksud kita mencapai kemerdekaan secara perlembagaan dan pada hari ini maksud kita telah capaikan.

No comments:

Post a Comment