Thursday, December 23, 2010

Kerajaan membelanjakan RM210 juta

Ahmad Maslan berkata,Kerajaan telah membelanjakan RM210 juta dari tahun 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda bertujuan memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
Seramai 33,017 warga Felda telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang. cuba warga Felda bayangkan, bagaimana Kerajaan memberi komitmen terhadap generasi peneroka bagi memastikan anak-anak peneroka dapat hidup berdikari untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Anak-anak peneroka sepatutnya mengambil peluang di atas program-program kemahiran yang telah disediakan, bukan hanya tahu menunggu segala-galanya jatuh ke riba……
Mazlan-ANAK tidak perlulah membawa cerita keliling perkampungan Felda mendakwa Felda telah mengabaikan generasi peneroka, lebih baik Mazlan menyeru agar generasi Felda agar mengambil segala peluang yang disediakan untuk mereka.

No comments:

Post a Comment