Thursday, December 23, 2010

nyampah juga bila kita fikir

Monday, December 13, 2010Pemimpin Atau Penipu
Hari ini kita sering kali melihat orang yang sering datang kemajlis-majlis resmi maupun majlis tak resmi akan disambut dengan penuh takzim.Tapi yang sering kali kita lihat meraka yg di sambut ini akan duduk dihadapan dan akan dijemput meyampai sepatah dua kata.tapi hampas tak de satu pun yg boleh pakai..janji je tak buat pun..nilah yg dikatakan syaitan berwajah manusia..

TENGKU MEMBACA PERISYTAHARAN KEMERDEKAAN

TENGKU MEMBACA PERISYTAHARAN KEMERDEKAAN.

Bahawa didalam sejarah menusia tidak ada suatu bangsa pun yang boleh menyalamatkan dirinya jikalau bangsa itu berdiam diri memeluk tubuh selama-lamanya. Sudah semistinya bangsa itu harus memilih suatu antara dua arah maju atau mundur. Ini terserah kapada kesungguhan dan kesedaran bangsa itu menghadapi perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan. Manakala rakyat itu didalam keadaan berpuas hati dengan taraf dan kedudukan yang ada maka sentiasalah mereka merasa bimbang atas sebarang pekara yang harus membawa perubahan.Mereka akan meresa curiga terhadap sebarang langkah atau sesaorang yang membawa fikiran dan pendapat baru.
Tetapi kerana sejarah manusia adalah sejarah perubahab-perubahan dan kemajuan untuk mencintakan sesuatu yang lebih baik dan sempurna, bangsa yang merasa kepuasan tadi akan tingal semakin jauh ke belakang dan akhirnya hilang lenyap dan hanya akan timbul kembali oleh ahli-ahli sejarah yang akan datang.
Kita adalah satu bangsa yang pernah menikmati kebesaran dan mempunyai pusaka kebangsaan yang gilang gemilang. Sesungguhnya perjalanan sejarah telah menukarkan nasib kita daripada satu bangsa yang merdeka dan agung kapada bangsa yang hina dan terjajah.

Sesungguhnya perjalanan sejarah telah menukarkan nasib kita daripada suatu bangsa yang merdeka dan agung kapada yang hina dan terjajah namun kita masih tetap dapat mempertahankan anugrah-anugrah Tuhan yang berupa kebesaran jiwa, rasa kemulian, keadilan dan semangat yang tidak dipatahkan, sementara kita tertaluk dibawah penjajahan lebih dari empat ratus tahun lamanya. Ketahuulah bahawa kita rakyat Malaya adalah bersatupadu dalam meksud kita mencapai kemerdekaan secara perlembagaan dan pada hari ini maksud kita telah capaikan.

Perjanjian kemerdekaan

Perjanjian kemerdekaan ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King's
House Kalau Lumpur.

Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Istiadat Pemasyhuaran Kemerdekaan telah diadakan di Stadium Merdeka. Tengku Telah membecakan Perisytiharan Kemerdekaan yang berbunyi :-

Bahawasanya oelh kerana telah tiba masanya bagi Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf suatu tangan yang merdeka dan berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa di seluruh dunia.

Maka Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Mengasihi Saya Memasyhurkan Dan Mengisytiharan bagi pihak Umat Persekutuan Tanag Melayu Bahawa Mulai 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu. Aakn Kekal Menjadi Sebuah Negara Demokrasi Yang Merdeka
dan Berdaulat Serta Berdasarkan Kapada Kebebasan dan Keadilan dan Sentiasa dan Mengutamakan Kesejahteraan dan Kesetiaan Rakyat.

Buang semua apa yg ada

PKR hendak membuang Raja-Raja Melayu, benarlah apa yang dikatakan oleh Tan Sri Ghazali Shafee, bekas Menteri Dalam Negeri zaman Tun Razak hingga Tun Mahathir, katanya Anwar bercita-cita untuk menjadi Persiden Negara ini ( Malaysia ) yang akan dibantu oleh Amarika bagi mencapai cita-citanya. sebab itu apa saja tentang Anwar rakan-rakannya di USA cuba membnantu Anwar walau pun dalam kes moralnya.

Antara Raja dan Melayu tidak boleh dipisahkan, buang Raja bererti membuang melayu, berfikirlah dalam hal ini terutama genarasi muda supaya kita tidak menysal nanti pap bila kuasa sudah tiada lagi, kita dah tengok dibeberapa buah negeri yang mereka kuasai

Anwar Ibrahim Oh Anuar Ibrahim

Pilihan Raya umum ke 13 semakin hampir, tamat tempohnya pada bulan mac 2013, tapi rata sana sini meremalkan PRU 13 sudah hampir, kerana menampakkan petanda-petandanya seolah-olah hampir tiba.

Pehak pembangkang sudah menjelajah keseluruh negara menjual temberangnya, dengan beberapa isu memburukkan kerjaan BN.

Anwar menuduh UMNO dan kerjaan BN sengaja mengantongnya dan rakan-rakannya di Parlimen baru-baru ini kerana BN hendak meminda apa jua akta dalam perlimen dengan mendapat 2/3 mejorati dengan ketiadaan beliau dan rakan yang digantung untuk menghadiri persidangan Parlimen.

Anwar sengaja memutarbelitkan fakta, sedangkan apa yang berlaku diperlimen atas sebab kurang ajarnya mereka pembangkan tidah menghormati Dewan, seperti yang berlaku di sidang Dewan DUN Negeri Perak pada awal tahun. Perangai dan siakap pembangkang dalam Dewan menunjukkan ketidak matangnya mereka, ini lah pilihan penyokong parti mereka.

MINPI YANG TAK SUDAH.

Pakatan rakyat (PR) kini dilamun mimpi indah, hingan mereka terlupa bahawa mimpi mereka mimpi yang tak sudah, putrajaya mereka nak terjah, jadi kerajaan untuk memerintah, perbagai dakyah mereka buat fitnah, sampai rakyat dah naik menyampah, melihat mereka cipta kerenah, hak bertul mereka kata salah, hak salah mereka kata fitnah, di parlimen mereka buat kerenah, berbicara tiada bermaruah, buat parlimen macam tong sampah, itu ke mereka yang nak jadi pemerintah? andailah mereka menjadi pemerintah, pasti negara akan musnah, rakyat akan berpecah belah, tak mustahil negara kembali dijajah, apa tidaknya negara diperintah oleh mereka yang tak bermaruah, tengok je lah sekarang diparlimen mereka berhujah, langsung tak berhemah, riuh rendah macam baru lepas perkena dadah, lagu tu nak jadi pemerintah? hai entahlah....... harap negara sentiasa dilindungi Allah, dari jatuh ke tangan mereka yang tak bermaruah dan diperintah oleh mereka yang punya akal tak sudah

TEMBELANG DAN PECAH.

Semakin hari semakin terselak dan tersingkaplah al kisah siapa beliau yang sebenarnya, beliau amat terkenal sebagi pakar mencipta cerita karut marut yang menghasut, memfitnah dan megadu dumba, tapi malang buat beliau kerana semakin hari semakin terbongkarlah rahsia sebenar dirinya, tembelangnya sudah pecah dan bernanah, dia menghasut dan memfitnah dingga lua pada Allah, bercakap berceramah seolah-olah dialah yang paling bermaruah, dulu PAS dia sumpah, DAP dia seranah tapi kini PAS dan DAP dia sembah, bersekongkol tak mahu berpisah, pakatan rakyat diterjemah, hajat nak jadi pemerintah, kerjanya hari-hari buat fitnah, hak kerajaan buat semuanya salah semuanya rasuah, macamlah dia wali Allah tak pernah buat sallah, mentang-mentanglah bini dia kata dia anugerah Allah, tapi suruh bersumpah banyak pila helah, konon akan dimanipulasilah, walhal dia takut dengan laknatullah, takut bersumpah itu tandanya dia memang bersalah, bersalah dengan Allah....wahai pengikut setia beliau, ayuh kembalilah mencari keredhaan Allah, sudah-sudahlah dengan cakap kaki fitnah, jangan sampai kita tegolong dalam umat yang dimurkai Allah.

Anwar masih tidak mengaku

Anwar mendawa ahli PKR yang keluar parti itu adalah mereka yang berkepentingan diri kerana projek yang melibatkan jutaan ringgit,.

Anwar masih tidak mengaku tentang kelemahannya, katakan lah yang pemimpin keluar itu betul, tapi bagaimana pula yang ahli-ahli di peringkat ranting yang dah keluar beribu-ribu orang ini juga berkaitan dengan projek. Tapi bagi mereka yang sudah buta mata buta hati menerima apa saja yang diperkatakan oleh Anwar.

Kepincangan perti PKR kerana parti itu bukan bermatalamat untuk membela rakyat tetapi untuk membela Anwar, terutama untuk ke Putrajaya dan untuk menghapuskan segala tuduhan liwatnya dan perangai buruknya.

Marilah kita sama-sama berfikir dengan ilmu bukan dengan perasaan ikut rasa, ikut hati, apa yang berlaku sudah jelas, DAP sangat bergantung dengar Anwar kerana mereka ada agenda tersembunyi, Hadi Nampak tapi kuasanya tak ada kerana kuasa PAS di tangan Nik Aziz apa kata Nik Aziz Pas terpaksa ikut.

Nik Aziz terhutang budi dengan Anwar kerana Anwar membantu kewangan dalam pilihan Raya lalu, sedangkan Nik Aziz tau keburukan Anwar, dah termakan budi maka tergadai maruahnya.

Orang Melayu mesti bersatu dalam apa jua bagi menentukan masa depan Agama bang dan negara.

Kerajaan membelanjakan RM210 juta

Ahmad Maslan berkata,Kerajaan telah membelanjakan RM210 juta dari tahun 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda bertujuan memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
Seramai 33,017 warga Felda telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang. cuba warga Felda bayangkan, bagaimana Kerajaan memberi komitmen terhadap generasi peneroka bagi memastikan anak-anak peneroka dapat hidup berdikari untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Anak-anak peneroka sepatutnya mengambil peluang di atas program-program kemahiran yang telah disediakan, bukan hanya tahu menunggu segala-galanya jatuh ke riba……
Mazlan-ANAK tidak perlulah membawa cerita keliling perkampungan Felda mendakwa Felda telah mengabaikan generasi peneroka, lebih baik Mazlan menyeru agar generasi Felda agar mengambil segala peluang yang disediakan untuk mereka.

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan